Pemikiran Ekonomi & Perniagaan Rasulullah

Mawlid & Forum: Pemikiran Ekonomi & Perniagaan Rasulullah ﷺ


Julung kali pertamanya kumpulan para usahawan dan NGOs ekonomi menganjur sambutan Mawlid dan forum istimewa yang membawa perbincangan tentang Pemikiran Ekonomi & Perniagaan Rasulullah ﷺ.


Terhad kepada 200 usahawan sahaja, forum ini akan bermuhasabah dan mengambil pelajaran dari Sirah Nabawiyah. Forum ini akan melihat Rasulullah ﷺ dari sisi pemikir ekonomi dan ketamadunan. 


Antara panelis hebat yang akan bersama kita:

- Ahmad Yazid Othman, Setiausaha Agung DPMM & CEO Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN)

- Jamalee Bashah, Presiden The Patriots Malaysia

- Hasbul Ariff, Pengasas dan Perunding Strategi Perniagaan Hasbul Brothers


Majlis akan dipimpin oleh moderator Ustaz Angah Sunan pengerusi PEC dan ucap utama oleh Dato' Sri Muhammad Khanafi Husin, Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - Putrajaya.


 Tarikh : Sabtu, 5 Oktober 2024

Masa : 9AM - 12PM  

Tempat : Ibu Pejabat DPMM, Anjung Melayu, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.

Peta Lokasi : Klik Sini



Kenapa perlu hadir ke Forum ini:


1. Dapat Pahala & Keberkatan  

Setiap kali kita duduk dalam majlis yang membincangkan Rasulullah ﷺ, malaikat meliputi kita dengan rahmat. Ini peluang untuk tambah pahala sambil peroleh ilmu yang penuh keberkatan.


2. Ilmu & Inspirasi dari Sirah Rasulullah ﷺ  

Belajar strategi perniagaan Rasulullah ﷺ yang terbukti berkesan sepanjang zaman. Dapat inspirasi yang boleh terus diaplikasikan dalam bisnes kita hari ini, dengan nilai-nilai yang kekal relevan.


3. Muhasabah & Perbaiki Diri

Kisah hidup Rasulullah ﷺ mengajak kita refleksi diri—buat kita lebih sedar tentang apa yang perlu diperbaiki, bukan sahaja sebagai usahawan, tetapi sebagai manusia.


4. Hidupkan Sunnah Ketika Berniaga 

Tak sekadar berniaga, tapi buat bisnes dengan cara yang mendekatkan kita dengan Allah. Hidupkan sunnah Rasulullah ﷺ dalam urusan bisnes dan rasai keberkatan yang tak terhitung.


5. Bina Ukhwah & Networking yang Bermanfaat 

Berkumpul dengan usahawan lain yang berkongsi misi dan nilai yang sama. Ini peluang untuk membina hubungan yang bukan sahaja untuk bisnes, tapi juga untuk akhirat.


Forum ini bukan sekadar majlis biasa—ia tentang menghidupkan semula cara hidup Rasulullah ﷺ dalam setiap aspek kehidupan kita.


Tempat terhad untuk 200 orang sahaja!

**Selepas pendaftaran, anda akan dibawa ke group WhatsApp.**


Program ini anjuran Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Rakyat (PEC) dengan kerjasama Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - Putrajaya dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pemikiran Ekonomi & Perniagaan Rasulullah
HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

Dewan Perdagangan Islam Malaysia
sekretariat.dpim@gmail.com
+60192773991