Bengkel "Financial Literacy" untuk Usahawan

Duit Masuk Banyak, Tapi Tetap Rasa Sesak?

Sudah tiba masanya urus bisnes dengan lebih sedar – bukan sekadar harap semangat.


Ramai usahawan rajin.

Bangun awal, tidur lewat.

Sales okay, pelanggan masuk.

Tapi bila tengok akaun bank…

“Mana duit aku pergi ek?”



Setiap bulan kerja keras, tapi hidup tetap di tahap sama.

Takut tengok akaun, rasa bersalah bila fikir pasal cukai.

Dan akhirnya, terperangkap dalam bisnes yang nampak jalan, tapi pi mai pi mai tang tu juga.


Jika anda seperti situasi di atas, anda WAJIB HADIR bengkel ini!



BENGKEL "FINANCIAL LITERACY" UNTUK USAHAWAN

TARIKH : 10 – 11 Jun 2025

LOKASI : DPIM, IOI Conezion, Putrajaya

WAKTU : Selasa (9am–5pm) & Rabu (9am–1pm)

YURAN : RM199 RM119 sahaja (tempat terhad!)

*Termasuk makan minum

**PERCUMA Group Sokongan & Webinar Tambahan


Dan yang paling bermakna:

YOU'RE PAYING IT FORWARD

Raih Pahala Jariah

*sebahagian dari yuran akan disalurkan untuk menaja usahawan asnaf mendapatkan ilmu yang sama agar mereka boleh keluar dari status asnaf dan membantu pula orang lain memajukan diri mereka.




KENAPA KENA JOIN BENGKEL INI?


Bengkel ini bukan sekadar kelas kira akaun.

Ia ruang untuk anda pause, reflect dan reset semula hala tuju bisnes dengan ilmu sebenar.


Dalam 1.5 hari yang padat ini, anda akan:

✅ Faham apa sebenarnya yang “bocorkan” duit bisnes

✅ Tahu beza untung atas kertas vs real cash dalam akaun

✅ Belajar teknik praktikal urus aliran tunai dan cukai

✅ Kenal sistem yang bantu anda keluar dari “survive mode”

dan pelbagai ilmu lagi yang boleh membantu anda mencapai impian anda!




"Saya Tak Tahu Buat Akaun…" 

Itu Bukan Masalah.


Ramai usahawan rasa lemah sebab tak reti buat akaun.

Tapi sebenarnya, anda tak perlu pandai kira.. anda perlu pandai baca laporan.


Faham laporan ringkas seperti income statement & aliran tunai.

Agar boleh buat keputusan kritikal dalam bisnes :

>> Patut ke hire staff?

>> Bila masa sesuai tambah stok?

>> Kenapa duit tak cukup walaupun sales tinggi?


Usahawan tak perlu jadi akauntan.

Tapi usahawan yang berjaya mesti tahu baca arah duit.




PROFIL TENAGA PENGAJAR


Pn. Elis Suhaili 

Business Consultant | Founder KidsterActive | Ahli Majlis Tertinggi DPIM


 Latar Belakang


Pn. Elis Suhaili merupakan seorang business consultant berpengalaman dengan latar belakang kukuh dalam perakaunan, pengurusan bisnes dan kewangan. Dengan lebih 24 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan, 14 tahun mengemudi dunia keusahawanan, dan 7 tahun dalam dunia latihan keusahawanan, beliau aktif membimbing usahawan memahami dan mengurus aliran tunai secara strategik dan berdaya maju.


Sebagai pengasas KidsterActive (sejak 2011) dan Zes Reich Services (sejak 2017), beliau memimpin dua entiti berbeza, satu dalam industri hiburan kanak-kanak dan satu lagi dalam konsultansi bisnes & kewangan, memberi beliau kelebihan unik dalam memahami cabaran sebenar yang dihadapi usahawan mikro hingga syarikat berkembang.


Kepakaran


* Literasi kewangan asas & lanjutan

* Pengurusan aliran tunai (Cashflow Management)

* Transformasi mindset kewangan usahawan

* Perancangan kewangan untuk bisnes kecil

* Integrasi kewangan dan spiritual (Islamic wealth thinking)

* Akaun & compliance untuk bisnes kecil (Xero Certified Partner)


Dikenali dengan pendekatan yang santai, praktikal dan mudah difahami, Pn. Elis gemar membawa peserta keluar dari tekanan angka dan masuk ke dunia kewangan yang lebih hidup, realistik, dan membumi. Beliau menggabungkan pengalaman sebenar dalam bisnes, disulam dengan psikologi kewangan dan mindset perubahan, menjadikan setiap sesi bukan sahaja informatif, tetapi juga mudah dicerna oleh setiap peserta .



FAQ :


Q: Saya baru mula bisnes, sesuai ke kelas ni?

A: Sangat sesuai! Bengkel ini bantu anda bina asas kukuh dalam pengurusan kewangan sejak awal.


Q: Adakah saya akan diajar buat akaun step-by-step?

A: Tidak. Bengkel ini fokus kepada strategi & kefahaman kewangan — anda akan belajar bagaimana untuk baca & faham nombor, bukan buat akaun.


Q: Kalau saya dah lama berniaga, masih relevan?

A: Ya. Ramai usahawan yang dah lama berniaga masih tak tahu “di mana bocornya duit” dan tak pernah buat semakan kewangan secara menyeluruh.


Q: Ada rakaman atau replay?

A: Untuk sesi fizikal tiada rakaman. Tapi anda akan dapat rakaman webinar khas bernilai RM20 secara percuma.




Sampai bila nak berniaga dalam gelap?

Sampai bila nak kerja siang malam tapi duit masih tak cukup?


Dah tiba masa untuk urus bisnes dengan lebih bijak.

Daftar sekarang dan mulakan langkah baru ke arah kebebasan sebenar!



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Bengkel "Financial Literacy" untuk Usahawan
18
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel sekretariat.dpim@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaDPIM
No. Akaun8605287594
Buka CIMB Clicks